Pages

Wednesday 30 May 2012

Aguero tolak bincang dengan Madrid dan ikrar kesetiaan kepada Man City

"
Sergio Aguero telah berikrar kekal di Manchester City untuk empat tahun seterusnya walaupun menerima minat dari Real Madrid.

Striker berusia 23 tahun itu akan mengendahkan nasihat bapa mertuanya, Diego Maradona, yang berkata Bernabeu akan memberi pentas yang layak diterima Aguero. Namun Aguero sangat yakin dengan masa depan City dan dia tidak menimbang untuk meninggalkan kelab.

"Masa depan saya di Manchester City," kata Aguero. "Saya mahu kekal di sini. Kontrak saya ada empat tahun lagi dan saya lihat diri saya kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh tersebut."

"Akan sentiasa ada khabar angin, namun tiada kebenaran tentang itu. Saya tak fikir tentang pindah ke Real Madrid atau tempat lain."

"City dah layan saya dengan sangat baik sejak hari pertama saya tiba, saya dah sesuaikan diri di kelab dan keluarga saya gembira di Manchester, dan saya mahu kekal."

"Saya boleh menang segala yang saya mahukan di sini. Kami dah ada satu kejuaraan sekarang dan kami boleh terus menang lebih lagi. Setelah anda dapat satu, anda terdesak mahukan yang kedua, ketiga, keempat, dan ia sama buat kami."

"Kami dah menang Liga Perdana musim ini. Mengapa tidak kami percaya kami boleh menang lagi untuk tahun-tahun mendatang juga? Kami akan lebih baik musim depan, saya pasti tentang itu. Kami ada ramai pemain baru yang nak kenal satu sama lain tahun ini. Kami mahu terus meningkat."

"Ia penting untuk terus menang. Jelas kami akan ada lebih kekuatan musim depan. Kami hanya akan jadi lebih kuat dan lebih baik.

No comments:

Post a Comment