Pages

Wednesday 30 May 2012

Walcott sedia untuk rundingan Arsenal



Theo Walcott sedia terima tawaran baru dari Arsenal.
Arsenal akan membuat rundingan penting dengan Theo Walcott selepas Euro 2012 ketika Arsene Wenger mahu menyelesaikan masa depan tidak menentu striker itu.

Seperti Robin van Persie, kontrak Walcott tamat akhir musim depan yang bermakna dia boleh pergi secara percuma pada 2013 dan mula berunding dengan kelab lain tahun depan. Namun ketika The Gunners telah bergerak pantas dalam percubaan menandatangani semula Van Persie, tawaran untuk Walcott masih belum dibentangkan.

Fakta itu berikutan keengganan jelas kelab bagi memulakan rundingan formal tentang terma baru. Ahli hierarki Gunners bimbang kelab bermain permainan bahaya mengenai masa depan Walcott.

Walaupun hanya berbaki 12 bulan pada perjanjian Gunners, Walcott dinilai lebih £20 juta dan prospek kehilangannya secara percuma merupakan satu kebimbangan. Namun kelab akhirnya mahu menyelesaikan masa depan selepas kempen Euro 2012 England.

Walcott terbuka tentang hasratnya untuk rundingan mengenai terma segar, berkata seawal Oktober bahawa dia mahu membincangkan perjanjian baru.

Pertemuan tidak formal berlaku, namun kegagalan kelab memberikan kem Walcott sesuatu yang konkrit menimbulkan keraguan tentang masa depannya. Dia meraih sekitar £70,000 seminggu dan ketika dia mungkin akan menerima kenaikan gaji, tidak mungkin kelab menawarkan dia sesuatu kenaikan yang ketara.
Pemain antarabangsa England itu boleh meraih jumlah yang lebih di tempat lain, terutamanya jika dia beralih secara percuma menjelang kempen 2013/14.

Chelsea dikatakan akan memantau situasi Walcott dan akan terus menerimamaklumat tentang bagaimana rundingan mengenai masa depannya berkembang.

No comments:

Post a Comment