Pages

Wednesday 30 May 2012

Tandatangan segera atau saya pindah ke Arsenal


Bek Belgium ini mahu masa depannya diputuskan secepat mungkin.


Sasaran Tottenham, Jan Vertonghen berkata dia akan menandatangani untuk Arsenal jika mereka lambat dan melengkapkan perpindahannya dari Ajax.

Pemain antarabangsa Belgium itu menghampiri langkah £9 juta ke White Hart Lane selepas rundingan dengan Pengerusi, Daniel Levy Isnin lalu, namun kian kecewa dengan proses yang berlanjutan.

"Saya pernah cakap berulang kali bahawa Tottenham pilihan pertama saya, tapi rundingan tak berkembang, "kata Vertonghen.

"Mereka dah bawa saya ke sekitar, saya jumpa dengan semua orang penting dan pengerusi mereka datang berjumpa saya pada hari Isnin. Tapi Arsenal terlalu mahukan saya. Mereka kekal satu kemungkinan jika langkah Spurs saya gagal, ketika Ajax meminta £12 juta untuk saya."

"Itu wang yang banyak untuk seseorang yang hanya berbaki setahun dalam kontraknya."

"Saya yakin Spurs tak akan dapat membayar sebanyak itu setelah mereka terlepas Liga Juara-juara."


"Ajax mahu raih sebanyak yang boleh daripada saya, manakala Spurs mahu membayar sedikit yang mungkin. Saya harap perjanjian boleh dilakukan. Tapi saya tak akan bergaduh dengan Ajax, itu perkara terakhir yang saya mahu selepas bertahun-tahun saya begitu baik bersama mereka."

"England destinasi pilihan saya. Tapi jika perlu, saya akan habiskan kontrak saya dan pergi secara percuma tahun depan."

No comments:

Post a Comment