Pages

Wednesday 30 May 2012

Hazard perhati Messi, Ronaldo




Bintang Lille Eden Hazard telah menyatakan yang beliau telah memerhati rakaman Ronaldo dan Messi demi meningkatkan diri.

Pencipta serangan dari Belgium itu amat menyerlah dalam liga Perancis dan telah memenangi dua gelaran Pemain Terbaik Ligue 1 berturut-turut. Dia juga telah menjaringkan 20 gol musim lepas untuk kelab beliau dan dianggap sebagai pemain muda terbaik yang setaraf dengan Neymar, Shinji Kagawa dan Mario Gotze.

Hazard dijangka akan berpindah ke Chelsea dalam beberapa minggu lagi setelah menandatangani persetujuan yang bernila £32 juta, sekaligus mengakhiri kaitan dengan Manchester City dan Manchester United. Pengurus kedua-dua kelab itu telah menyaksikannya sendiri kemahiran beliau.

Hazard telah juga dibandingkan dengan bekas ketua pasukan Perancis Jean Pierre-Papin dan telah mendedahkan yang dia telah mengambil inspirasi daripada menyaksikan video Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

"Saya menyaksikan rakaman mereka dan mengambil inspirasi daripada gerak geri mereka, kemudian saya akan cuba dalam sesi latihan." kata Hazard kepada The Sun.

"Pemain yang mengagumkan akan memberi inspirasi yang baik."

"Saya tidak malu untuk menyatakan yang saya sering menyaksikan video Messi dan Ronaldo. Saya cuba mendapatkan idea dari mereka."

Hazard juga telah menyatakan yang dia telah belajar daripada penyerang Arsenal Gervinho dan telah berganding dengan baik di Lille pada musim 2010/11.

"Pemain yang terbaik saya pernah bermain dengan adalah Gervi."

"Kami tidak mempunyai kualiti yang sama tetapi kami telah cuba sedaya upaya untuk menyumbang. Dia telah mengajar saya bagaimana hendak melakukan aksi gelecek pada masa yang tepat."

Pemain yang berusia 21 tahun itu juga merupakan anak kepada dua bekas pemain bolasepak dan telah lama menyimpan keinginan untuk bermain di tengah padang."

"Keluarga saya yang mengajar saya. Saya telah menyaksikan bapa saya bermain sejak berumur dua tahun lagi."

"Padang pertama yang saya bermain untuk kelab pertama saya, Braine-le-Comte, hanya semeter dari rumah saya. Saya meningkatkan diri dengan pantas."

"Kini, saya ingin menjadi Pemain Eropah Terbaik musim ini."

Hazard akan beraksi untuk Belgium pada hari Sabtu dengan England. Chelsea belum mengesahkan persetujuan dengan beliau tetapi dijangka akan membuatnya dalam beberapa minggu lagi.

No comments:

Post a Comment