Pages

Wednesday 30 May 2012

Altintop: Aku mahu main lebih banyak bola sepak



Altintop jelaskan dia mungkin akan berpindah musim panas ini
Hamit Altintop telah memberi bayangan yang dia mungkin akan meninggalkan Real Madrid musim panas ini jika situasinya di Santiago Bernabeu tidak berubah dengan sepatutnya.

Pemain kebangsaan Turki itu tiba secara percuma dari Bayern Munich tahun lalu namun merupakan pemain kedua paling kurang bermain dalam skuad
Blancos pada musim 2011-12; hanya penjaga gol simpanan, Antonio Adan bermain minit lebih kurang sepanjang musim.

Pemain berusia 30 tahun itu mengakui dia terlepas sebahagian besar musim akibat kecederaan, namun menegaskan keutamannya adalah bermain bola sepak berbanding duduk di bangku simpanan.

"Masa depan? Saya tak tahu apa akan terjadi. Semua orang tahu yang ia satu musim baik buat saya, tapi kecederaan ganggu saya," katanya selepas kemenangan 3-1 aksi persahabatan Turki ke atas Georgia.

"Pasukan bermain sangat baik dan ia gugat peluang saya dalam pasukan utama. Perkara seperti ini berlaku dalam bola sepak. Tapi saya mahu main lebih lagi."

Galatasaray dilaporkan berminat mendapatkan Altintop, dengan mereka melihat untuk menguatkan skuad selepas kejayaan Super Liga musim ini, dan dia mengakui satu perpindahan mungkin menarik minatnya.

"Kini saya harus buat satu keputusan. Saya harus kekal tenang. Saya mahu main lebih lagi dan Galatasaray akan benarkan saya kembali ke negara saya. Kita lihat nanti," ujarnya.

Media Turki mencadangkan Gala mungkin membayar sebanyak 3 juta euro semusim buat bintang kelahiran Jerman itu

No comments:

Post a Comment