Pages

Wednesday 30 May 2012

Saya Akan 100 Peratus Cergas Untuk Kejohanan Eropah 2012




Cesc Fabregas jelaskan dia akan cergas untuk Euro 2012
Midfielder Sepanyol Cesc Fabregas menegaskan bahawa beliau akan cergas 100 peratus untuk Kejohanan Eropah 2012.

Pemain Barcelona itu mengalami kecederaan paha sejurus masuk sebagai pemain gantian semasa kemenangan final Copa del Rey ke atas Athletic Bilbao dan diketepikan dari aksi selama 10 hari.

Berita ini menimbulkan keraguan mengenai penyertaan Fabregas dalam perlawanan pembukaan negaranya menentang Itali pada 10 Jun ini namun bekas bintang Arsenal itu telah tampil memberi jaminan menerusi akaun Twitternya:

"Terima kasih kerana ambil berat kecederaan saya. Saya ok dan tidak rasa sakit. Tidak lama lagi akan bersedia 100% untuk memulakan kejohanan bersama pasukan kebangsaan."

Fabregas bergelut mencari prestasi dan kecergasan terbaiknya di separuh kedua musim liga Sepanyol namun disenaraikan dalam skuad kendalian Vicente Del Bosque untuk Kejohanan Eropah 2012.

No comments:

Post a Comment