Pages

Wednesday 30 May 2012

Reina: Prestasi Torres meningkat



Penjaga gol Liverpool Pepe Reina berpendapat bahawa Fernando Torres akan menjadi sumber gol yang penting untuk Sepanyol dalam Euro 2012.

Torres terkenal sebagai penyerang yang digeruni semasa di Liverpool tetapi kini prestasinya di hadapan gol tidak begitu efektif setelah pemindahan ke Chelsea.

Walaubagaimanapun tahap permainannya telah ditingkatkan sebelum musim berakhir dan penyerang itu telah disertakan dalam pasukan Vicente Del Bosque untuk Euro 2012.

Reina telah memberitahu BBC Sport yang dia amat kagum dengan persembahan Torres dalam sesi latihan dan percaya yang beliau telah meningkatkan tahap keyakinannya pada masa yang tepat.

"Sudah lama saya belum menyaksikannya sebaik ini. Tahap fizikalnya amat baik." Reina berkata.

"Torres yakin yang beliau mempunyai tanggungjawab yang penting dalam pasukan negara, lebih lagi dengan ketiadaan [David] Villa akibat kecederaan."

Dengan ketiadaan wira Euro 2008 Villa, penjaga gol itu berharap yang Torres akan mengetuai serangan Sepanyol dengan cemerlang.

"Dia kini lebih selesa dan kelihatan amat fokus. Saya berharap yang Sepanyol akan mendapat hasil jaringan beliau."

No comments:

Post a Comment