Pages

Wednesday 30 May 2012

Juventus Mahu Tawarkan Cavani Kontrak Lima Tahun 24 Juta pound



Cavani dalam buruan hangat Juve

Juventus sedia berhabis untuk membawa Edinson Cavani dari Napoli di jendela perpindahan musim panas ini dan sedia menawarkan kontrak lima tahun bernilai €30 juta (£24 juta).

Juara Serie A itu mahu menambah penyerang berprofil tinggi di bahagian serangan pasukan menjelang kempen 2012-13 dan meletakkan pemain antarabangsa Uruguay itu sebagai calon ideal.

Napoli enggan melepaskan Cavani musim panas ini namun ia terpulang kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk kekal di San Paolo selepas the Partenopei gagal mencari slot kelayakkan Liga Juara-juara.

Cavani dan wakilnya akan menemui pengurusan Napoli tidak lama lagi untuk membincangkan perancangan masa depannya dan Juventus memantau perkembangan situasi tersebut.

The Bianconeri sedia memasukkan beberapa pemain dalam perjanjian pertukaran dengan harapan meyakinkan Napoli untuk menjual dan mereka juga yakin gaji tahunan €6 juta akan memadai buat Cavani berpindah dari Naples ke Turin.

Pemain Uruguay itu berkembang menjadi pemain utama Napoli sejak berpindah dari Palermo pada musim panas 2010. Kontraknya bersama the Partenopei berlangsung hingga Jun 2016.

No comments:

Post a Comment