Pages

Wednesday 30 May 2012

Torres jaringkan gol dalam kemenangan




Fernando Torres menjaringkan gol untuk Sepanyol dalam kemenangan 4-1 ke atas Korea Republik di Bern.

Penyerang Chelsea itu membuka tirai pada minit ke-11 dengan satu tandukan dari hantaran Benat Etxebarria. Walaubagaimanapun, jaringan hebat Kim Do-heon dua minit sebelum masa rehat menyamakan kedudukan untuk Korea.

Xabi Alonso memberikan pendahuluan kepada Sepanyol sekali lagi di separuh masa kedua melalui satu sepakan penalti selepas rembatan Nacho Monreal terkena tangan Choi Hyo-jin. Sepakan percuma Santi Cazorla memberikan Sepanyol jaringan ketiga mereka dalam perlawanan itu.

Vicente del Bosque kemudian mengganti ramai pemainnya dan dua pemain gantiannya bergabung untuk jaringan keempat Sepanyol 11 minit sebelum tamat perlawanan. Alvaro Negrdo menjaring masuk selepas hantaran dari Roberto Soldado.

Del Bosque menamakan Torres di kesebelasan utama buat kali pertama sejak Ogos tahun lepas dan bekas pemain Atletico Madrid itu hampir membuat kesan segera apabila usaha beliau dari hantaran Cazorla tersasar.

Kim Jin-hyeon kemudiannya menghalang rembatan Alonso dari luar kotak penalti dengan Sepanyol mula meningkatkan tekanan. Sepanyol akhirnya mebuka tirai apabila Torres menanduk masuk dari hantaran Benat.

Juara bertahan Piala Dunia itu kelihatan sangat mengancam dan penjaga gawang Korea sekali lagi menghalang usaha Cazorla sebelum rembatan David Silva tersasar.

Walaubagaimanapun, Korean mula mencipta beberapa peluang melalui serangan balas. Mereka menjaringkan gol pada minit ke-43 apabila rembatan cemerlang Kim melepasi Jose Reina.

Tujuh minit selepas masa rehat, rembatan Monreal terkena tangan Choi dan pengadil memberikan sepakan penalti untuk Sepanyol. Alonso menjaringkan sepakan penalti itu untuk jaringan antarabangsa ke-13 beliau.

Cazorla kemudian menjaringkan gol ketiga mereka melalui satu sepakan percuma dan Negredo mengkahiri perlawanan itu dengan menjaring masuk dari hantaran Soldado.

Kontrak Baru Untuk Kekalkan Bale



Bale jadi sasaran banyak kelab yang mahukan khidmatnya
Gareth Bale telah ditawarkan kontrak baru gaji £70,000 seminggu untuk mengekalkannya di Spurs.

Pengerusi kelab Daniel Levy memberikan tawaran tersebut Selasa lepas dan juga memberi jaminan mengenai cita-cita untuk musim baru dan pembelian berpotensi.

Sumber Spurs mendedahkan: “Pengerusi bertindak segera untuk memastikan masa depan Gareth bersama kelab.

“Ada banyak khabar angin tentang Barcelona dan Real Madrid namun Gareth mahu kekal dan kami tidak mahu menjual. Jadi kami sangat yakin perjanjian ini akan dipersetujui tidak lama lagi untuk melenyapkan semua spekulasi.”

Bintang berusia 22 tahun itu telah pun memiliki kontrak sehingga 2015 namun janji kenaikan gaji akan menjadikan beliau antara penerima gaji tertinggi di kelab.

Juventus Mahu Tawarkan Cavani Kontrak Lima Tahun 24 Juta pound



Cavani dalam buruan hangat Juve

Juventus sedia berhabis untuk membawa Edinson Cavani dari Napoli di jendela perpindahan musim panas ini dan sedia menawarkan kontrak lima tahun bernilai €30 juta (£24 juta).

Juara Serie A itu mahu menambah penyerang berprofil tinggi di bahagian serangan pasukan menjelang kempen 2012-13 dan meletakkan pemain antarabangsa Uruguay itu sebagai calon ideal.

Napoli enggan melepaskan Cavani musim panas ini namun ia terpulang kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk kekal di San Paolo selepas the Partenopei gagal mencari slot kelayakkan Liga Juara-juara.

Cavani dan wakilnya akan menemui pengurusan Napoli tidak lama lagi untuk membincangkan perancangan masa depannya dan Juventus memantau perkembangan situasi tersebut.

The Bianconeri sedia memasukkan beberapa pemain dalam perjanjian pertukaran dengan harapan meyakinkan Napoli untuk menjual dan mereka juga yakin gaji tahunan €6 juta akan memadai buat Cavani berpindah dari Naples ke Turin.

Pemain Uruguay itu berkembang menjadi pemain utama Napoli sejak berpindah dari Palermo pada musim panas 2010. Kontraknya bersama the Partenopei berlangsung hingga Jun 2016.

Altintop: Aku mahu main lebih banyak bola sepak



Altintop jelaskan dia mungkin akan berpindah musim panas ini
Hamit Altintop telah memberi bayangan yang dia mungkin akan meninggalkan Real Madrid musim panas ini jika situasinya di Santiago Bernabeu tidak berubah dengan sepatutnya.

Pemain kebangsaan Turki itu tiba secara percuma dari Bayern Munich tahun lalu namun merupakan pemain kedua paling kurang bermain dalam skuad
Blancos pada musim 2011-12; hanya penjaga gol simpanan, Antonio Adan bermain minit lebih kurang sepanjang musim.

Pemain berusia 30 tahun itu mengakui dia terlepas sebahagian besar musim akibat kecederaan, namun menegaskan keutamannya adalah bermain bola sepak berbanding duduk di bangku simpanan.

"Masa depan? Saya tak tahu apa akan terjadi. Semua orang tahu yang ia satu musim baik buat saya, tapi kecederaan ganggu saya," katanya selepas kemenangan 3-1 aksi persahabatan Turki ke atas Georgia.

"Pasukan bermain sangat baik dan ia gugat peluang saya dalam pasukan utama. Perkara seperti ini berlaku dalam bola sepak. Tapi saya mahu main lebih lagi."

Galatasaray dilaporkan berminat mendapatkan Altintop, dengan mereka melihat untuk menguatkan skuad selepas kejayaan Super Liga musim ini, dan dia mengakui satu perpindahan mungkin menarik minatnya.

"Kini saya harus buat satu keputusan. Saya harus kekal tenang. Saya mahu main lebih lagi dan Galatasaray akan benarkan saya kembali ke negara saya. Kita lihat nanti," ujarnya.

Media Turki mencadangkan Gala mungkin membayar sebanyak 3 juta euro semusim buat bintang kelahiran Jerman itu

Tandatangan segera atau saya pindah ke Arsenal


Bek Belgium ini mahu masa depannya diputuskan secepat mungkin.


Sasaran Tottenham, Jan Vertonghen berkata dia akan menandatangani untuk Arsenal jika mereka lambat dan melengkapkan perpindahannya dari Ajax.

Pemain antarabangsa Belgium itu menghampiri langkah £9 juta ke White Hart Lane selepas rundingan dengan Pengerusi, Daniel Levy Isnin lalu, namun kian kecewa dengan proses yang berlanjutan.

"Saya pernah cakap berulang kali bahawa Tottenham pilihan pertama saya, tapi rundingan tak berkembang, "kata Vertonghen.

"Mereka dah bawa saya ke sekitar, saya jumpa dengan semua orang penting dan pengerusi mereka datang berjumpa saya pada hari Isnin. Tapi Arsenal terlalu mahukan saya. Mereka kekal satu kemungkinan jika langkah Spurs saya gagal, ketika Ajax meminta £12 juta untuk saya."

"Itu wang yang banyak untuk seseorang yang hanya berbaki setahun dalam kontraknya."

"Saya yakin Spurs tak akan dapat membayar sebanyak itu setelah mereka terlepas Liga Juara-juara."


"Ajax mahu raih sebanyak yang boleh daripada saya, manakala Spurs mahu membayar sedikit yang mungkin. Saya harap perjanjian boleh dilakukan. Tapi saya tak akan bergaduh dengan Ajax, itu perkara terakhir yang saya mahu selepas bertahun-tahun saya begitu baik bersama mereka."

"England destinasi pilihan saya. Tapi jika perlu, saya akan habiskan kontrak saya dan pergi secara percuma tahun depan."

Walcott sedia untuk rundingan Arsenal



Theo Walcott sedia terima tawaran baru dari Arsenal.
Arsenal akan membuat rundingan penting dengan Theo Walcott selepas Euro 2012 ketika Arsene Wenger mahu menyelesaikan masa depan tidak menentu striker itu.

Seperti Robin van Persie, kontrak Walcott tamat akhir musim depan yang bermakna dia boleh pergi secara percuma pada 2013 dan mula berunding dengan kelab lain tahun depan. Namun ketika The Gunners telah bergerak pantas dalam percubaan menandatangani semula Van Persie, tawaran untuk Walcott masih belum dibentangkan.

Fakta itu berikutan keengganan jelas kelab bagi memulakan rundingan formal tentang terma baru. Ahli hierarki Gunners bimbang kelab bermain permainan bahaya mengenai masa depan Walcott.

Walaupun hanya berbaki 12 bulan pada perjanjian Gunners, Walcott dinilai lebih £20 juta dan prospek kehilangannya secara percuma merupakan satu kebimbangan. Namun kelab akhirnya mahu menyelesaikan masa depan selepas kempen Euro 2012 England.

Walcott terbuka tentang hasratnya untuk rundingan mengenai terma segar, berkata seawal Oktober bahawa dia mahu membincangkan perjanjian baru.

Pertemuan tidak formal berlaku, namun kegagalan kelab memberikan kem Walcott sesuatu yang konkrit menimbulkan keraguan tentang masa depannya. Dia meraih sekitar £70,000 seminggu dan ketika dia mungkin akan menerima kenaikan gaji, tidak mungkin kelab menawarkan dia sesuatu kenaikan yang ketara.
Pemain antarabangsa England itu boleh meraih jumlah yang lebih di tempat lain, terutamanya jika dia beralih secara percuma menjelang kempen 2013/14.

Chelsea dikatakan akan memantau situasi Walcott dan akan terus menerimamaklumat tentang bagaimana rundingan mengenai masa depannya berkembang.

Hazard perhati Messi, Ronaldo




Bintang Lille Eden Hazard telah menyatakan yang beliau telah memerhati rakaman Ronaldo dan Messi demi meningkatkan diri.

Pencipta serangan dari Belgium itu amat menyerlah dalam liga Perancis dan telah memenangi dua gelaran Pemain Terbaik Ligue 1 berturut-turut. Dia juga telah menjaringkan 20 gol musim lepas untuk kelab beliau dan dianggap sebagai pemain muda terbaik yang setaraf dengan Neymar, Shinji Kagawa dan Mario Gotze.

Hazard dijangka akan berpindah ke Chelsea dalam beberapa minggu lagi setelah menandatangani persetujuan yang bernila £32 juta, sekaligus mengakhiri kaitan dengan Manchester City dan Manchester United. Pengurus kedua-dua kelab itu telah menyaksikannya sendiri kemahiran beliau.

Hazard telah juga dibandingkan dengan bekas ketua pasukan Perancis Jean Pierre-Papin dan telah mendedahkan yang dia telah mengambil inspirasi daripada menyaksikan video Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

"Saya menyaksikan rakaman mereka dan mengambil inspirasi daripada gerak geri mereka, kemudian saya akan cuba dalam sesi latihan." kata Hazard kepada The Sun.

"Pemain yang mengagumkan akan memberi inspirasi yang baik."

"Saya tidak malu untuk menyatakan yang saya sering menyaksikan video Messi dan Ronaldo. Saya cuba mendapatkan idea dari mereka."

Hazard juga telah menyatakan yang dia telah belajar daripada penyerang Arsenal Gervinho dan telah berganding dengan baik di Lille pada musim 2010/11.

"Pemain yang terbaik saya pernah bermain dengan adalah Gervi."

"Kami tidak mempunyai kualiti yang sama tetapi kami telah cuba sedaya upaya untuk menyumbang. Dia telah mengajar saya bagaimana hendak melakukan aksi gelecek pada masa yang tepat."

Pemain yang berusia 21 tahun itu juga merupakan anak kepada dua bekas pemain bolasepak dan telah lama menyimpan keinginan untuk bermain di tengah padang."

"Keluarga saya yang mengajar saya. Saya telah menyaksikan bapa saya bermain sejak berumur dua tahun lagi."

"Padang pertama yang saya bermain untuk kelab pertama saya, Braine-le-Comte, hanya semeter dari rumah saya. Saya meningkatkan diri dengan pantas."

"Kini, saya ingin menjadi Pemain Eropah Terbaik musim ini."

Hazard akan beraksi untuk Belgium pada hari Sabtu dengan England. Chelsea belum mengesahkan persetujuan dengan beliau tetapi dijangka akan membuatnya dalam beberapa minggu lagi.

Aguero tolak bincang dengan Madrid dan ikrar kesetiaan kepada Man City

"
Sergio Aguero telah berikrar kekal di Manchester City untuk empat tahun seterusnya walaupun menerima minat dari Real Madrid.

Striker berusia 23 tahun itu akan mengendahkan nasihat bapa mertuanya, Diego Maradona, yang berkata Bernabeu akan memberi pentas yang layak diterima Aguero. Namun Aguero sangat yakin dengan masa depan City dan dia tidak menimbang untuk meninggalkan kelab.

"Masa depan saya di Manchester City," kata Aguero. "Saya mahu kekal di sini. Kontrak saya ada empat tahun lagi dan saya lihat diri saya kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh tersebut."

"Akan sentiasa ada khabar angin, namun tiada kebenaran tentang itu. Saya tak fikir tentang pindah ke Real Madrid atau tempat lain."

"City dah layan saya dengan sangat baik sejak hari pertama saya tiba, saya dah sesuaikan diri di kelab dan keluarga saya gembira di Manchester, dan saya mahu kekal."

"Saya boleh menang segala yang saya mahukan di sini. Kami dah ada satu kejuaraan sekarang dan kami boleh terus menang lebih lagi. Setelah anda dapat satu, anda terdesak mahukan yang kedua, ketiga, keempat, dan ia sama buat kami."

"Kami dah menang Liga Perdana musim ini. Mengapa tidak kami percaya kami boleh menang lagi untuk tahun-tahun mendatang juga? Kami akan lebih baik musim depan, saya pasti tentang itu. Kami ada ramai pemain baru yang nak kenal satu sama lain tahun ini. Kami mahu terus meningkat."

"Ia penting untuk terus menang. Jelas kami akan ada lebih kekuatan musim depan. Kami hanya akan jadi lebih kuat dan lebih baik.

Arsenal mahukan Llorente



Arsenal mahukan penyerang Athletic Bilbao, Fernando Llorente, menurut Daily Mail.

Prestasi konsisten untuk kelab dan juga pasukan kebangsaan telah membuat Llorente pemain yang diminati banyak kelab di Eropah. Beliau telah menjaringkan 17 gol dalam liga musim ini dan telah dipilih oleh Vincente del Bosque untuk skuad Euro 2012 Sepanyol.

Dan persembahan baik di Euro sudah tentu akan meningkatkan lagi reputasi beliau.

Penyerang itu hanya mempunyai satu tahun sebelum kontraknya tamat bersama Bilbao, dan kelab Sepanyol itu masih belum berunding dengan Llorente tentang kontrak baru dan laporan ini telah menarik perhatian Arsenal, yang sudah lama memerhatikan beliau.

Dengan perudingan dengan kapten Robin van Persie tidak ke mana, Arsene Wenger telah mengenal pasti Llorente sebagai sasaran beliau untuk menggantikan van Persie jika pemain Belanda itu bercadang untuk meninggalkan kelab itu.

Reina: Prestasi Torres meningkat



Penjaga gol Liverpool Pepe Reina berpendapat bahawa Fernando Torres akan menjadi sumber gol yang penting untuk Sepanyol dalam Euro 2012.

Torres terkenal sebagai penyerang yang digeruni semasa di Liverpool tetapi kini prestasinya di hadapan gol tidak begitu efektif setelah pemindahan ke Chelsea.

Walaubagaimanapun tahap permainannya telah ditingkatkan sebelum musim berakhir dan penyerang itu telah disertakan dalam pasukan Vicente Del Bosque untuk Euro 2012.

Reina telah memberitahu BBC Sport yang dia amat kagum dengan persembahan Torres dalam sesi latihan dan percaya yang beliau telah meningkatkan tahap keyakinannya pada masa yang tepat.

"Sudah lama saya belum menyaksikannya sebaik ini. Tahap fizikalnya amat baik." Reina berkata.

"Torres yakin yang beliau mempunyai tanggungjawab yang penting dalam pasukan negara, lebih lagi dengan ketiadaan [David] Villa akibat kecederaan."

Dengan ketiadaan wira Euro 2008 Villa, penjaga gol itu berharap yang Torres akan mengetuai serangan Sepanyol dengan cemerlang.

"Dia kini lebih selesa dan kelihatan amat fokus. Saya berharap yang Sepanyol akan mendapat hasil jaringan beliau."

Saya Akan 100 Peratus Cergas Untuk Kejohanan Eropah 2012




Cesc Fabregas jelaskan dia akan cergas untuk Euro 2012
Midfielder Sepanyol Cesc Fabregas menegaskan bahawa beliau akan cergas 100 peratus untuk Kejohanan Eropah 2012.

Pemain Barcelona itu mengalami kecederaan paha sejurus masuk sebagai pemain gantian semasa kemenangan final Copa del Rey ke atas Athletic Bilbao dan diketepikan dari aksi selama 10 hari.

Berita ini menimbulkan keraguan mengenai penyertaan Fabregas dalam perlawanan pembukaan negaranya menentang Itali pada 10 Jun ini namun bekas bintang Arsenal itu telah tampil memberi jaminan menerusi akaun Twitternya:

"Terima kasih kerana ambil berat kecederaan saya. Saya ok dan tidak rasa sakit. Tidak lama lagi akan bersedia 100% untuk memulakan kejohanan bersama pasukan kebangsaan."

Fabregas bergelut mencari prestasi dan kecergasan terbaiknya di separuh kedua musim liga Sepanyol namun disenaraikan dalam skuad kendalian Vicente Del Bosque untuk Kejohanan Eropah 2012.

Tuesday 29 May 2012

Euro 2012:


Senarai pemain Para pemain telah pun dipilih untuk pertandingan Euro 2012 yang akan berlangsung bulan depan.

England
Joe Hart (Manchester City), Glen Johnson (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool), Gary Cahill (Chelsea), John Terry (Chelsea), Theo Walcott (Arsenal), Frank Lampard (Chelsea), Andy Carroll (Liverpool), Wayne Rooney (Manchester United), Ashley Young (Manchester United), Leighton Baines (Everton), Robert Green (West Ham), Phil Jones (Manchester United), Joleon Lescott (Manchester City), James Milner (Manchester City), Scott Parker (Tottenham), Phil Jagielka (Everton), Stewart Downing (Liverpool), Alex Oxlade Chamberlain (Arsenal), Jermain Defoe (Tottenham), Danny Welbeck (Manchester United), Jack Butland (Birmingham).

Sepanyol
Iker Casillas (Real Madrid), Victor Valdes (Barcelona), Jose Manuel Reina (Liverpool); Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos (all Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao); Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets, Cesc Fabregas (all Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Malaga), Jesus Navas (Sevilla), Juan Mata (Chelsea); Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla), Pedro (Barcelona).

Jerman
Manuel Neuer (Bayern Munich), Tim Wiese (SV Werder Bremen), Ron-Robert Zieler (Hannover 96), Holger Badstuber (Bayern Munich), Jerome Boateng (Bayern Munich), Benedikt Howedes (FC Schalke 04), Mats Hummels (Borussia Dortmund), Marcel Schmelzer (Borussia Dortmund), Philipp Lahm (Bayern Munich), Per Mertesacker (Arsenal), Lars Bender (Bayer 04 Leverkusen), Toni Kroos (Bayern Munich), Thomas Mueller (Bayern Munich), Mesut Ozil (Real Madrid), Sami Khedira (Real Madrid), Marco Reus (VfL Borussia Monchengladbach), Andre Schurrle (Bayer 04 Leverkusen), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich), Mario Gotze (Borussia Dortmund), Ilkay Gundogan (Borussia Dortmund), Miroslav Klose (Lazio), Mario Gomez (Bayern Munich), Lukas Podolski (FC Koln).

Belanda
Maarten Stekelenburg (Roma), Tim Krul (Newcastle United), Michel Vorm (Swansea City), Khalid Boulahrouz (Stuttgart), Wilfred Bouma, (PSV Eindhoven), John Heitinga (Everton), Joris Mathijsen (Malaga), Ron Vlaar (Feyenoord), Gregory van der Wiel (Ajax), Jetro Willems (PSV Eindhoven), Ibrahim Afellay (Barcelona), Mark van Bommel (PSV Eindhoven), Nigel de Jong (Manchester City), Stijn Schaars (Sporting), Wesley Sneijder (Inter Milan), Kevin Strootman (PSV Eindhoven), Rafael van der Vaart (Tottenham Hotspur), Klaas Jan Huntelaar (Schalke), Luuk de Jong (FC Twente), Dirk Kuyt (Liverpool), Luciano Narsingh (Heerenveen), Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich).

Perancis
Cedric Carrasso (Bordeaux), Hugo Lloris (Lyon), Steve Mandanda (Marseille), Gael Clichy (Man City), Mathieu Debuchy (Lille), Patrice Evra (Man Utd), Laurent Koscielny (Arsenal), Philippe Mexes (AC Milan), Adil Rami (Valencia), Anthony Reveillere (Lyon), Yohan Cabaye (Newcastle), Alou Diarra (Marseille), Florent Malouda (Chelsea), Marvin Martin (Sochaux), Blaise Matuidi (Paris St Germain), Yann M'vila (Rennes), Samir Nasri (Man City), Hatem Ben Arfa (Newcastle), Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Montpellier), Jeremy Menez (Paris St Germain), Franck Ribery (Bayern Munich), Mathieu Valbuena (Marseille).

Itali
Gianluigi Buffon (Juventus), Morgan De Sanctis (Napoli), Salvatore Sirigu (Paris St Germain); Ignazio Abate (AC Milan), Federico Balzaretti (Palermo), Andrea Barzagli (Juventus), Leonardo Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Christian Maggio (Napoli), Angelo Ogbonna (Torino); Daniele De Rossi (Roma), Alessandro Diamanti (Bologna), Emanuele Giaccherini (Juventus), Claudio Marchisio (Juventus), Riccardo Montolivo (Fiorentina), Thiago Motta (Paris St Germain), Antonio Nocerino (AC Milan), Andrea Pirlo (Juventus); Mario Balotelli (Manchester City), Fabio Borini (Roma), Antonio Cassano (Milan), Antonio Di Natale (Udinese), Sebastian Giovinco (Parma).

Croatia
Stipe Pletikosa (Rostov), Danijel Subasic (Monaco), Ivan Kelava (Dinamo Zagreb); Marijan Buljat (Maccabi Haifa), Domagoj Vida (Dinamo Zagreb), Vedran Corluka (Tottenham), Josip Simunic (Dinamo Zagreb), Gordon Schildenfeld (Eintracht Frankfurt), Ivan Strinic (Dnipro), Danijel Pranjic (Bayern Munich); Darijo Srna (Shakhtar Donetsk), Tomislav Dujmovic (Real Zaragoza), Ognjen Vukojevic (Dinamo Kiev), Ivan Rakitic (Sevilla), Luka Modric (Tottenham), Ivan Perisic (Borussia Dortmund), Niko Kranjcar (Tottenham), Milan Badelj (Dinamo Zagreb), Ivo Ilicevic (Borussia Dortmund); Ivica Olic (Bayern Munich), Nikica Jelavic (Everton), Mario Mandzukic (Wolfsburg), Eduardo Da Silva (Shakhtar Donetsk).

Greece
Chalkias (PAOK), Sifakis (Aris Thessaloniki), Tzorvas (Palermo); Torossidis (Olympiacos), Papadopoulos (Schalke), Papastathopoulos (Werder Bremen), Papadopoulos (Olympiacos), Holebas (Olympiacos), Tzavellas (Monaco), Malezas (PAOK); Katsouranis (Panathinaikos), Karagounis (Panathinaikos), Maniatis (Olympiacos), Fotakis (PAOK), Makos (AEK Athens), Fetfatzidis (Olympiacos), Ninis (Panathinaikos), Fortounis (Kaiserslautern); Salpingidis (PAOK), Samaras (Celtic), Gekas (Samsunspor), Liberopoulos (AEK Athens), Mitroglou (Atromitos).

Republik Ireland
Shay Given (Aston Villa), Sean St Ledger (Leicester City), Stephen Ward (Wolves), John O'Shea (Sunderland), Richard Dunne (Aston Villa), Glenn Whelan (Stoke), Aiden McGeady (Spartak Moscow), Keith Andrews (West Brom), Kevin Doyle (Wolves), Robbie Keane (Los Angelese Galaxy), Damien Duff (Fulham), Stephen Kelly (Fulham), Paul McShane (Hull), Jonathan Walters (Stoke), Darron Gibson (Everton), Keiren Westwood (Sunderland), Stephen Hunt (Wolves), Darren O'Dea (Celtic), Shane Long (West Brom), Simon Cox (West Brom), Paul Green, James McClean (Sunderland), David Forde (Millwall).

Denmark
Stephan Andersen (Evian), Anders Lindegaard (Manchester United), Kasper Schmeichel (Leicester); Lars Jacobsen (FC Copenhagen), Daniel Wass (Evian), Daniel Agger (Liverpool), Simon Kjaer (Roma), Andreas Bjelland (FC Nordsjaelland), Simon Poulsen (AZ Alkmaar), Jores Okore (FC Nordsjaelland); Christian Poulsen (Evian), Jakob Poulsen (FC Midtjylland), William Kvist (Nurnberg), Niki Zimling (Club Brugge), Thomas Kahlenberg (Evian), Christian Eriksen (Ajax), Michael Silberbauer (Young Boys), Lasse Schone (NEC Nijmegen); Dennis Rommedahl (Brondby), Nicklas Bendtner (Arsenal), Michael Krohn-Dehli (Brondby), Tobias Mikkelsen (FC Nordsjaelland), Nicklas Pedersen (Groningen).

Portugal
Eduardo (SL Benfica), Rui Patrício (Sporting Clube de Portugal), Beto (CFR 1907 Cluj), João Pereira (Sporting Clube de Portugal), Fábio Coentrão (Real Madrid CF), Bruno Alves (FC Zenit St Petersburg), Rolando (FC Porto), Ricardo Costa (Valencia CF), Pepe (Real Madrid CF), Miguel Lopes (SC Braga), Raúl Meireles (Chelsea FC), Miguel Veloso (Genoa CFC), João Moutinho (FC Porto), Rúben Micael (Real Zaragoza), Hugo Viana (SC Braga), Custódio (SC Braga), Nani (Manchester United FC), Cristiano Ronaldo (Real Madrid CF), Hugo Almeida (Beşiktaş JK), Ricardo Quaresma (Beşiktaş JK), Silvestre Varela (FC Porto), Hélder Postiga (Real Zaragoza), Nélson Oliveira (SL Benfica).

Sweden
Andreas Isaksson (PSV Eindhoven), Johan Wiland (FC Kobenhavn), Pär Hansson (Helsingborgs IF), Mikael Antonsson (Bologna FC), Andreas Granqvist (Genoa CFC), Olof Mellberg (Olympiacos FC), Jonas Olsson (West Bromwich Albion FC), Martin Olsson (Blackburn Rovers FC), Behrang Safari (RSC Anderlecht), Mikael Lustig (Celtic FC), Emir Bajrami (FC Twente), Rasmus Elm (AZ Alkmaar), Samuel Holmen (Ýstanbul BB SK), Kim Kallstrom (Olympique Lyonnais), Sebastian Larsson (Sunderland AFC), Anders Svensson (IF Elfsborg), Pontus Wernbloom (PFC CSKA Moskva), Christian Wilhelmsson (Al-Hilal FC), Johan Elmander (Galatasaray AÞ), Tobias Hysen (IFK Göteborg), Zlatan Ibrahimovic (AC Milan), Markus Rosenberg (SV Werder Bremen), Ola Toivonen (PSV Eindhoven).

Poland
Wojciech Szczesny (Arsenal FC), Przemys³aw Tyton (PSV Eindhoven), Grzegorz Sandomierski (KRC Genk), Sebastian Boenisch (SV Werder Bremen), Marcin Kaminski (KKS Lech Poznan), Damien Perquis (FC Sochaux-Montbeliard), Lukasz Piszczek (Borussia Dortmund), Marcin Wasilewski (RSC Anderlecht), Jakub Wawrzyniak (Legia Warszawa), Grzegorz Wojtkowiak (KKS Lech Poznan), Jakub B³aszczykowski (Borussia Dortmund), Dariusz Dudka (AJ Auxerre), Kamil Grosicki (Sivasspor), Adam Matuszczyk (Fortuna Düsseldorf 1895), Adrian Mierzejewski (Trabzonspor AS), Rafal Murawski (KKS Lech Poznan), Eugen Polanski (1. FSV Mainz), Ludovic Obraniak (FC Girondins de Bordeaux), Maciej Rybus (FC Terek Grozny), Rafa³ Wolski (Legia Warszawa), Pawel Brozek (Celtic FC), Robert Lewandowski (Borussia Dortmund), Artur Sobiech (Hannover 96).

Rusia
Igor Akinfeev (PFC CSKA Moskva), Vyacheslav Malafeev (FC Zenit St Petersburg), Anton Shunin (FC Dinamo Moskva), Aleksandr Anyukov (FC Zenit St Petersburg), Aleksei Berezutski (PFC CSKA Moskva), Sergei Ignashevich (PFC CSKA Moskva), Vladimir Granat (FC Dinamo Moskva), Yuri Zhirkov (FC Anzhi Makhachkala), Dmitri Kombarov (FC Spartak Moskva), Roman Sharonov (FC Rubin Kazan), Kirill Nababkin (PFC CSKA Moskva), Igor Denisov (FC Zenit St Petersburg), Konstantin Zyryanov (FC Zenit St Petersburg), Roman Shirokov (FC Zenit St Petersburg), Denis Glushakov (FC Lokomotiv Moskva), Igor Semshov (FC Dinamo Moskva), Marat Izmailov (Sporting Clube de Portugal), Alan Dzagoev (PFC CSKA Moskva), Andrey Arshavin (Arsenal), Aleksandr Kerzhakov (FC Zenit St Petersburg), Aleksandr Kokorin (FC Dinamo Moskva), Roman Pavlyuchenko (FC Lokomotiv Moskva), Pavel Pogrebnyak (Fulham FC).

Ukraine
Oleksandr Goryainov (Metalist Kharkiv), Maxym Koval (Dynamo Kyiv), Andriy Pyatov (Shakhtar Donetsk); Bohdan Butko (Illychivets Mariupil), Olexandr Kucher (Shakhtar Donetsk), Taras Mikhalik (Dynamo Kyiv), Yaroslav Rakitskiy (Shakhtar Donetsk), Yevhen Selin (Vorskla Poltava), Yevhen Khacheridi (Dynamo Kyiv), Vyacheslav Shevchuk (Shakhtar Donetsk); Olexandr Aliyev (Dynamo Kyiv), Denys Garmash (Dynamo Kyiv), Oleh Gusev (Dynamo Kyiv), Yevhen Konoplyanka (Dnipro Dnipropetrovsk), Serhiy Nazarenko (Tavriya Simferopol), Ruslan Rotan (Dnipro Dnipropetrovsk), Anatoliy Tymoshchuk (Bayern Munchen), Andriy Yarmolenko (Dynamo Kyiv); Andriy Voronin (Dinamo Moscow), Marko Devic (Metalist Kharkiv), Artem Milevskiy (FC Dynamo Kyiv), Yevhen Seleznyov (FC Shakhtar Donetsk), Andriy Shevchenko (FC Dynamo Kyiv).

Republik Czech
Petr Cech (Chelsea FC), Jaroslav Drobny (Hamburger SV) , Jan Lastuvka (FC Dnipro Dnipropetrovsk), Theodor Gebre Selassie (FC Slovan Liberec), Roman Hubník (Hertha BSC Berlin), Michal Kadlec (Bayer 04 Leverkusen), David Limbersky (FC Viktoria Plzen), Tomas Sivok (Besiktas JK), Marek Suchy (FC Spartak Moskva), Vladimír Darida (FC Viktoria Plzen), Tomas Hübschman (FC Shakhtar Donetsk), Petr Jiracek (VfL Wolfsburg), Daniel Kolar (FC Viktoria Plzen), Milan Petrzela (FC Viktoria Plzen), Vaclav Pilar (VfL Wolfsburg), Jaroslav Plasil (FC Girondins de Bordeaux), Frantisek Rajtoral (FC Viktoria Plzen), Tomas Rosicky (Arsenal FC), Milan Baros (Galatasaray AS), David Lafata (FK Jablonec), Tomas Necid (PFC CSKA Moskva), Tomas Pekhart (1. FC Nürnberg), Jan Rezek (Anorthosis)

Hazard: Saya akan ke Chelsea


Eden Hazard telah akhirnya menamatkan spekulasi tentang masa depannya dengan berkata beliau akan menyertai Chelsea musim depan. Pemain berusia 21 tahun itu, yang telah lama dikaitkan dengan pemindahan ke sebuah kelab Liga Perdana, mendedehkan beliau telah memilih Chelsea di akaun rasmi Twitter beliau. Beliau menulis: "Saya akan menyertai pemenang Liga Juara-Juara." Masih belum ada pengesahan rasmi dari Chelsea atau Lille sama ada telah ada perjanjian tentang pemindahan Hazard tetapi laporan di Perancis mengatakan bintang Belgium itu telah setuju kontrak lima tahun dengan pasukan Blues. Manchester United dan Manchester City kelihatan seperti mejadi kelab kegemaran untuk menandatangani beliau sebelum kemangangan mengejutkan Chelsea di perlawanan akhir Liga Juara-Juara hujung minggu lepas. Chelsea tidak akan bermain di Liga Juara-Juara musim depan jika mereka dikalahkan Bayern Munich dalam perlawanan akhir itu. Bintang Belgium itu, yang akan bermain untuk Belgium apabila mereka menentang England dalam persahabatan Sabtu ini di Wembley, telah menikmati musim yang cemerlang dengan Lille, yang mengakhiri musim di tempat ketiga dalam Ligue 1. Beliau menjaringkan hatrik dalam perlawanan terakhir beliau untuk pasukan Perancis itu hujung minggu lalu.

Kagawa ke United


Bintang Borussia Dortmund Shinji Kagawa dilaporkan sedia untuk pindah ke Manchester United. Majalah Kicker telah menyatakan yang beberapa sumber yang rapat dengan pemain itu telah menjangka yang Kagawa akan menandatangani persetujuan yang bernilai €15juta (£12juta) tidak termasuk bonus lain. Kagawa yang hanya berusia 23 tahun adalah satu-satunya pemain yang menyerlah dalam Bundesliga setelah menjaringkan 21 gol dalam 46 penampilan untuk pasukan juara bertahan beliau. Jika ditandatangani oleh United, Kagawa akan menjadi pemain kedua dari Asia untuk bermain dalam pasukan utama United, dengan yang pertama adalah pemain Korea Park Ji-Sung yang ditandatangani pada tahun 2005 dan merupakan pemain penting selama tujuh musim. Ini bukan kali pertama yang pemain antarabangsa Jepun itu telah dikaitkan dengan United. Kagawa telah mengakui yang dia telah bertemu Sir Alex Ferguson pada bulan Mei tetapi telah dihalang oleh Dortmund yang enggan menjualnya. Pengerusi Dortmund Hans-Joachim Watzke dilaporkan telah meminta jumlah yang terlalu tinggi. United juga ingin mendapat satu lagi pemain dan dikatakan sasar pemain Lille Eden Hazard tetapi beliau telah serta Chelsea. Hazard dikatakan bernilai £32juta, £20juta lebih daripada apa yang United ingin membayar untuk Kagawa.

Arsenal Fan.....Suka la tu....






Berita gembira buat peminat Arsenal dan juga saya selaku penyokong Arsenal. Podolski is my admirer. Memang sukar mempercayai kenyataan ini. Sememangnya Arsene Wenger sukar untuk menandatangani pemain yang berstatus bintang. Mungkin dengan harga berpatutan Arsene mengubah polisinya dan mungkin untuk memenuhi kehendak penyokong-penyokong Arsenal di serata dunia yang mahukan pengisian pemain bintang di pasukan Arsenal. Impian menjadi realiti dan sudah pastinya kita tertunggu-tunggu kemunculan Podolski di Emirates Stadium pada musim akan datang dengan memakai no yang menjadi persoalan pada ketika ini. Adakah no 9 atau 12 menjadi pilihan Wenger?? Oleh yang demikian tindakan Van Persie untuk menandatangi kontrak baru bersama Arsenal pada musim akan datang perlu diberi perhatian kerana pada ketika ini Van Persie belum ada tanda-tanda memungkin beliau untuk menandatangi kontrak baru. Mesti seronok bukan sekiranya Arsene menukar taktikal permainan ke arah 4-4-2. Ini bermakna dua penyerang di hadapan. Arsenal ada 2 pemain hebat. Ah!! Cepat la van Persie sign the contract pls..

biar betul....

Betul ke?? Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000. Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan. Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16



Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali. Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu. “Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya. Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee. Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Monday 28 May 2012

JERSI BARU RINGKAS KEMAS MANTAP

  




Lawa tak jersi baru ni. Bagi saya ianya padat dan kemas walaupun tak secanggih fesyen adidas yang rekabentuk mengancam. Tak pasti berapa harga pengenalan kat Malaysia dan bila akan sampai, tapi kalau oder dalam talian boleh la membongkakkan diri kat kawan-kawan yang tunggu versi Al Ikhsan atau versi Padang Besar. Paling saya suka adalah ke old skol-an dengan emblem Burung Hati tanpa emblem Gerbang Shankly.