Pages

Wednesday 30 May 2012

Torres jaringkan gol dalam kemenangan




Fernando Torres menjaringkan gol untuk Sepanyol dalam kemenangan 4-1 ke atas Korea Republik di Bern.

Penyerang Chelsea itu membuka tirai pada minit ke-11 dengan satu tandukan dari hantaran Benat Etxebarria. Walaubagaimanapun, jaringan hebat Kim Do-heon dua minit sebelum masa rehat menyamakan kedudukan untuk Korea.

Xabi Alonso memberikan pendahuluan kepada Sepanyol sekali lagi di separuh masa kedua melalui satu sepakan penalti selepas rembatan Nacho Monreal terkena tangan Choi Hyo-jin. Sepakan percuma Santi Cazorla memberikan Sepanyol jaringan ketiga mereka dalam perlawanan itu.

Vicente del Bosque kemudian mengganti ramai pemainnya dan dua pemain gantiannya bergabung untuk jaringan keempat Sepanyol 11 minit sebelum tamat perlawanan. Alvaro Negrdo menjaring masuk selepas hantaran dari Roberto Soldado.

Del Bosque menamakan Torres di kesebelasan utama buat kali pertama sejak Ogos tahun lepas dan bekas pemain Atletico Madrid itu hampir membuat kesan segera apabila usaha beliau dari hantaran Cazorla tersasar.

Kim Jin-hyeon kemudiannya menghalang rembatan Alonso dari luar kotak penalti dengan Sepanyol mula meningkatkan tekanan. Sepanyol akhirnya mebuka tirai apabila Torres menanduk masuk dari hantaran Benat.

Juara bertahan Piala Dunia itu kelihatan sangat mengancam dan penjaga gawang Korea sekali lagi menghalang usaha Cazorla sebelum rembatan David Silva tersasar.

Walaubagaimanapun, Korean mula mencipta beberapa peluang melalui serangan balas. Mereka menjaringkan gol pada minit ke-43 apabila rembatan cemerlang Kim melepasi Jose Reina.

Tujuh minit selepas masa rehat, rembatan Monreal terkena tangan Choi dan pengadil memberikan sepakan penalti untuk Sepanyol. Alonso menjaringkan sepakan penalti itu untuk jaringan antarabangsa ke-13 beliau.

Cazorla kemudian menjaringkan gol ketiga mereka melalui satu sepakan percuma dan Negredo mengkahiri perlawanan itu dengan menjaring masuk dari hantaran Soldado.

No comments:

Post a Comment